Sunday, April 6, 2014

Mengakui Lumrah Manusia :')

Cinta?

Dalam bercinta,
Aku memilih untuk setia.

Dalam bercinta,
Aku harapkan satu hubungan yang membawa ku ke arah perkahwinan.
Aku tidak mahu cinta yang sia-sia.
Rugi semata-mata.

Jika ingin bercinta denganku,
Tapi tidak pernah terlintas menjadikan aku sebagai suri,
Lupakanlah aku.

Jika ingin bercinta denganku,
Tapi lambat lagi mahu meletakkan aku sebagai tanggungjawabmu,
Lepaskanlah aku.

Biarkan aku bebas,
Menunggu yang setia,
Menunggu yang sudi,
Menunggu yang rela,
Menunggu yang bersedia.

Aku sangat harapkan cinta selepas nikah,
Kerana itu yang lebih indah.


*Menunggu saat aku diterima oleh insan bernama suami :'))



No comments:

Post a Comment