Monday, March 31, 2014

Keep Calm And Love Group 31

Assalamualaikum :)
Alhamdulillah, kita masih dikurniakan dua nikmat terbesar, iaitu nikmat islam dan iman.
Semoga kita semua kekal bersama agamaNya.

"Ya muqollib quluub, thabbit qolbi 'ala diiniik"

Perpisahan.

Secara jujurnya saya tidak sukakan sebarang pertemuan,
Kerana saya percaya, sudah menjadi sunnah alam,
Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan :')

Tapi,
Itulah yang perlu kita lalui.

Saya kini berada di tahun kedua,
Dip Penolong Pegawai Perubatan.
Di separuh terakhir kedua, saya tidak akan belajar teori,
Saya dan sahabat sahabat saya yang lain,
Akan pergi menimba ilmu kami di tempat tempat klinikal,
Seperti di hospital, klinik kesihatan dan klinik desa.

Tinggal beberapa bulan lagi untuk kami bersama,
Untuk kami menetap di dalam satu bumbung,
Di dalam satu kelas.
Tinggal sedikit masa lagi,
Semua ini akan berakhir.

Sekarang,
Saya menjadi seorang yang menghargai setiap detik yang berlalu,
Saya tak mahu nanti saya menjadi orang menyesal kerana tidak menghargai pertemuan ini. :')

#KeepCalmAndLoveG31

Jika diberi pilihan, aku mahu perpisahan yang datang tidak terjadi,
Tapi, aku bukan sesiapa untuk melawan takdir.
Semoga pertemuan ini, ukhwah ini, kasih sayang ini,
Tidak berakhir di sini.

Aku Sayangkan Group Ini, lillahi ta'ala :")

Sunday, March 2, 2014

Khairun Nisa' Solehah :)




Si Budak Comel :)



Repost : Ditikam Begitu Dalam

TERIMA KASEH SAHABATKU :')
Terima kaseh dia atas sikap mu terhadap diriku.
Tidak pernah aku rasa hidup sekejam ini, akibat perbuatan seorang sahabat.
Yang dulunya aku percaya.
Yang dulunya aku hormat.
Tapi kini, semuanya hancur luluh hatiku.
Ternyata..persahabatan kita memberi seribu toresan dihatiku.
Walaupun, bermacam luka telah kau tinggalkan dihatiku.
Aku masih ingin mengerti hal yang sebenarnya.
Aku tak sanggup terus tertanya-tanya.
Aku tak mahu tersalah tafsir.
Aku mohon wahai sahabatku,
Andai kau baca nukilan aku ini,
Segeralah mencariku,
Terangkan apa yang gelap dimataku.
Sebelum, aku pergi.
Pergi jauh dari matamu.
:'(
#aku inginkan kejujuran#

Repost : Setakkan dari jauh :')

Salam dari perantauan, tapi takdelah jauh sangat merantau. Cuma ke utara Semenanjung Malaysia.
Di kesempatan yang ada ni, saya nak ucapkan Eid Mubarak :) Minta maaf andai ada tersalah kata, tersilap bicara. Halalkan makan minum.

Apabila kesilapan telah dibuat.
Masa sudah tidak dapat diundur.
Hanya menyesali perbuatan itu, dan berharap agar ianya tidak berulang kembali.
Ana bukan manusia yang kompleks.
Tahu itu ini, bijak dalam tindakan.
Kadang kala, ana tersangkut,
Kadang-kala ana terpesong,
Jangan terus menghukum ana di atas kesilapan yang telah ana lakukan,
Jangan terus meninggalkan ana di atas kesalahan ana,
Jangan terus membenci ana di atas keterlanjuran ana,

Tapi,
Tegurlah ana,
Bimbinglah ana,
Langkahlah bersama ana.
Kerana ana perlukan semua itu.
Itu yang ana harapkan dari kalian.
Sahabat ana yang membawa ke syurga.

Ana teringat kata-kata seorang murabbi ana,
"Kawan yang berbaik-baik di dunia, akan mengheret kawannya ke neraka di Akhirat nanti"
Na'uzubillah.
Ana akui, ana bukan sahabat yang baik,
Bukan yang terbaik,
Tapi, bantulah ana untuk cuba jadi baik.
Itu yang ana harapkan dari kalian, :)
Ukhwah filllah abadan abada !


Allahu Akbar !


                                                 umieymynn :)

Dua Menjadi Satu

Bismillahirrahmanirrahiim :) Assalamualaikum sahabat - sahabat ku :)
One target aku untuk hari ni :)
Aku nak kumpulkan semua post-post aku dalam blog SiDakwatComot dalam blog ni.
Jadi pening jugak kadang -kadang bila ada dua blog.
Okay, aku akan cuba untuk satukan.

Lagi mudah kerja aku.
In shaa ALLAH :')

#I'mReallySorryForEverything :')
Gambar sekadar hiasan :P

Ini Kisah Kita !

Bismlillahirrahmannirrahiim. Assalamualaiku wbt.
Okay, nampaknya dah tiga kali aku guna tajuk ini. Tapi, isinya masih tetap tidak mengena.
Semula, Bismillahh. Moga kali ini ALLAH permudahkan.

Okay, aku cuma nak nyatakan hasratku.
Hasrat aku untuk membuat satu cerpen.
Sebelum ini aku memang ada menulis cerpen.
Tapi aku tidak pasti mana aku simpan.
Jadi, setelah berapa lama aku tinggal dunia penulisanku.
Aku harap kali ini aku mampu utk menulis semula.

Bagi aku,
Menulis itu mampu menggambarkan tentang perasaanku, keinginanku, impianku, cerita masa duluku.
Sungguh, aku bukan seseorang yang mampu menceritakannya melalui mulut semata-mata.

Jadi, aku cuma nak harapkan doa dari kalian,
Moga penulisan aku akan membuahkan hasil.

Aku mulakan langkah ini, dengan 'Bismillahirrahmannirrahiim :')'

#Step By Step #Ikut Jalan Yang ALLAH Tetapkan


Speechless .

Bismillahirrahmannirrahiim :') Assalamualaikum buat readers yang aku sayangi :')

Hari demi hari, usia mula mematangkan diriku.
Dulu aku mendidik, kini aku rasa dididik.
Dulu aku menegur, kini aku mula rasa ditegur.
Dulu aku memberi nasihat, kini aku mula dengar nasihat nasihat.
Ya Allah, ALHAMDULILLAH di atas pemberian Mu.

Tapi, aku tidak pasti,
Kapan akan Engkau tarik pemberianMu ini.
Aku cuma berharap, hanya padaMu ya Rabal 'Alameen.
"Semoga ukhwah yang terjalin ini tidak berhenti dipertengahan jalan."

Ameen ya Rabbal 'Alameen :'))

Belajar Sesuatu Yang Baru :)

Bismillah, Assalamualaikum readers yang aku sayangi kerana Allah.
Sungguh, aku mencari idea untuk aku mengeblog pada hari ini.
Bukan sesuatu yang mudah untuk aku mengeblog tanpa idea di fikiran.

Aku just nak share sikit malam ni,
Apa yang aku belajar dari murabbi aku.
Actually, sekarang ni aku tengah cuti.
Menghabiskan masa bersama keluarga tercinta.
Tapi, before aku balik ke kampung.
Aku ada minta nasihat dan peringatan dari murabbi aku yang amat aku sanjungi.
Dia berpesan sesuatu yang berharga buat diriku.

"Srikandi Islam .. :)
Guna kesempatan cuti sebaik mungkin ye !
Jgn lupa solat sunat sebelum musafir @ berdoa dan berdialog dengan Allah tentang matlamat masa cuti.
Tetapkan matlamat saat kamu musafir ni, pasang niat masa cuti  nak buat apa, in shaa ALLAH cuti nanti akan terisi dengan baik,
Ada pertolongan dari ALLAH utk manfaatkan cuti.
Doa saat musafir mustajab.
Hiburkan ibu dan ayah, in shaa ALLAH redha ALLAH akan menemanimu.
Buktikan bahawa kamu 'Qurrata a3yun' buat mereka.
Wassalam :*"

Allah, pesanan ini benar benar terkesan buat diriku.
Semoga pesanan ini sedikit sebanyak memberi kesan yang baik buat diriku.
Indahnya, bila ALLAH hadirkan orang yang baik-baik disekeliling kita.
Bagaimana jika ALLAH menarik mereka dariku.
ALLAH, sungguh aku benar - benar tak sanggup lagi.
Sementara ada , aku hargai mereka.
Akan aku kutip mutiara mutiara dari mereka,
Untuk jadi bekal untukku :')

Terima Kasih Ummi Sayang :*

P/S : Yang penting jangan lupa baca doa before musafir , mohon dari ALLAH. Hanya dia selayaknya tempat kita bergantung :)

Kita tak perlu sentiasa menang.

Dalam perlawanan, semua orang inginkan satu tujuan. Kemenangan.
Tiada yg inginkan kekalahan.
Kekalahan dalam perlawanan, adalah satu ketewasan.
Untuk menang bukan mudah. Beginner tak mampu nak lawan expert.
Tapi, dengan usaha yg gigih. Beginner mampu mencipta kejayaan.
Okay, bukan ini ingin di tengahkan.
Tapi,
Mengalah dalam perlawanan.
Mengalah tak bererti kita lemah.
Sebab kita sebenarnya adalah hero dalam diam.
Mengalah sebenarnya adalah suatu kejayaan.
Kerana, hanya orang yang kuat mampu mengalah utk memberi kejayaan kepada yg lain.
Mengalahlah, walau hakikatnya kita inginkan kejayaan itu.
Mengalahlah, ^-^