Monday, April 21, 2014

Allah menguji kerana sayangkan kita :')



Assalamualaikum w.b.t. Buat readers yang aku kasihi sekalian.
Bersyukur kita atas dua nikmat yang terbesar. Nikmat iman dan nikmat islam. Alhamdulillah.

Demi Allah, aku tidak kuat.
Tapi, kerana Allah, aku kena kuat.

Allahu akbar.

Aku pernah terfikir, bilakah ujian akan berakhir ke atas diri ku.
Rupanya,

Aku tersilap.
Teringat aku petikan dari tulisan tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi; dunia ini memang untuk berlelah... tempat rehat kita adalah di akhirat

Aku tersentap mendengar kata kata ini. Benar.
Aku hanyalah manusia. Aku tidak mungkin lari dari ujian.

Dulu,
Bila aku diuji, aku lemah longlai, aku jatuh.
Kini, aku tahu.
Aku tak boleh begitu lagi.
Aku kena bangun.
Walau sebesar mana ujian itu,
Aku kena bangun.
Aku percaya rahmatNya tetap bersamaku.

Pernah dengar tak satu kata kata ini,

"Dalam keadaan berdosa sekalipun,
Ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan.
Manakala di dalam keadaan taat,
Ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat"

Kata kata ni, banyak bagi aku inspirasi untuk terus kuat.
Memang bukan mudah untuk aku bangun. Demi Allah.

Tapi, Alhamdulillah,
Allah kirimkan orang sekeliling yang banyak membantu aku.
Mummy dan daddy,
Murabbiku,
Sahabat sahabat aku.
Doa semua, buat aku kuat.

Allah, terima kasih ya Allah.
Engkau jadikanlah hambaMu ini seorang hamba yang bersyukur :')
Yang tidak kufur pada setiap nikmat yang Engkau berikan. 
Ameen Ya Allah :')

Tuesday, April 15, 2014

Kita tak tahu siapa yang Allah hadirkan utk menegur hambarnya :')

Jika satu saat aku kembali lagi,
Kembali membawa seribu kebahagiaan buatmu,
Terimalah aku semula.
Kerana,
Sepanjang ketiadaanmu disisi,
Aku menyedari,
Kau berharga sekali.
Sepanjang ketiaadanmu disisi juga,
Aku banyak menyendiri,
Mengaudit diri,
Meginsafi kesilapan diri,
Dan memperbaiki kelemahan diri.

Terima aku Allah,
Atas kekuatan diri yang telah Engkau beri,
Aku yakin dengan takdirmu,

Aku tahu Engkau Mengetahui,
Rindu didada ini menikam ku yaAllah.

YaAllah, 
Engkau yang telah menanamkan rasa cinta ini.
Engkau juga yang telah mencambahkan rasa rindu ini.
Jika dia milikku, satukanlah.
Jika tidak, cabutlah akar cinta ini agar derita yang hambaMu ini tanggung berkurangan.


Kita tak tahu siapa yang Allah hadirkan utk menegur hambarnya :')

Jika satu saat aku kembali lagi,
Kembali membawa seribu kebahagiaan buatmu,
Terimalah aku semula.
Kerana,
Sepanjang ketiadaanmu disisi,
Aku menyedari,
Kau berharga sekali.
Sepanjang ketiaadanmu disisi juga,
Aku banyak menyendiri,
Mengaudit diri,
Meginsafi kesilapan diri,
Dan memperbaiki kelemahan diri.

Terima aku Allah,
Atas kekuatan diri yang telah Engkau beri,
Aku yakin dengan takdirmu,

Aku tahu Engkau Mengetahui,
Rindu didada ini menikam ku yaAllah.

YaAllah, 
Engkau yang telah menanamkan rasa cinta ini.
Engkau juga yang telah mencambahkan rasa rindu ini.
Jika dia milikku, satukanlah.
Jika tidak, cabutlah akar cinta ini agar derita yang hambaMu ini tanggung berkurangan.


Nikmatnya Cuma Sementara :')

Allahu Rabbi.

Assalamualaikum. Alhamdulillah di atas dua nikmat terbesar, iaitu nikmat Iman dan Islam.
Bersyukur kerana hari ini kita masih dibangkitkan.

Jika Allah menarik sesuatu itu,
Lalu Allah memulangkannya kepada kita.

Bersyukurlah :')

Kerana, Allah ingin kita belajar sesuatu,
Menghargai selagi kita memiliki,
Dan yang penting Allah ingin kita mengetahui,
Bahawa Dia berhak ke atas setiap sesuatu itu.
Dia berhak mengambil, dan Dia berhak memulangkannya kembali.

Allahu rabbi.
Indahnya aturanNya,
Sampai begitu manis untuk kita menghayati.
Fikirkanlah :)

Saturday, April 12, 2014

Mengapa aku tidak join nurilmu?

Bukan mudah pilihan yang ingin aku lakukan,
DItelan mati emak, diluah mati bapak.
Aku tidak menolak nurilmu sepenuhnya,
Kerana aku tahu banyaknya pengorbanan dieorang membina satu ekonomi islam yang halal.
Aku tabik usaha usaha murni dieorang.
Juga usaha-usaha murni sahabat-sahabat aku yang telah menceburinya.
Kalian telah mengamalkan salah satu dari sunnah Rasulullah, iaitu berniaga 
Tahniah.
Mengejar dunia, bukan bererti meninggalkan akhirat.
Aku mula takut dengan perubahan orang yang aku benar-benar sayang.
Bangun, mandi, makan dan tidurnya dengan Nurilmu.
Cintanya juga di situ :')
Buta dengan dunia. Terlalu ingin mengejarnya sehingga benar -benar tinggalkan akhirat.
Percakapanya juga tak seperti dulu.
Sedih aku katakan, egonya , sombongnya , bongkaknya jelas kelihatan.
Apa yang dia banggakan juga aku tak tahu.
Katanya mengembangkan ekonomi islam.
Tapi, kelihatannya dia makin jauh dengan Islam.
Bagaikan ada kuasa hebat berbanding ALLAH,
Bagaikan ada pemberi rezeki lain selain ALLAH,
Bagaikan lupa tentang Sunnatullah.
Siapa yang memberi rezeki?
ALLAH kah? atau Nurilmu? atau sahabat seperjuangan Nurilmu?
Bukalah matamu,
Jalan yang engkau pilih ini membuat engkau kufur.
Jalan yang engkau pilih ini membuat engkau lupa kepadaNYA.
Bukan ke manusia yang lebih baik itu adalah orang yang berubah menjadi lebih baik? bukan yang berubah menjadi lebih teruk.
Apalah guna usahamu, andai itu tidak berkat,
Apalah guna hartamu, andai ia tidak memberi manfaat.
Ingat,
Orang yang benar benar sayangkan kita je,
Yang akan tegur salah kita,
Yang akan tegur kelekaan kita.
Jangan sebab kita buta dengan yang lain,
Kita meninggalkan permata yang berharga itu.
‪#‎Bukalah‬ mata hatimu, pandang dengan hati. Demi ALLAH tidak berkurang sayang ini sedikitpun. Uhibbuka fillah :')

Sunday, April 6, 2014

Mengakui Lumrah Manusia :')

Cinta?

Dalam bercinta,
Aku memilih untuk setia.

Dalam bercinta,
Aku harapkan satu hubungan yang membawa ku ke arah perkahwinan.
Aku tidak mahu cinta yang sia-sia.
Rugi semata-mata.

Jika ingin bercinta denganku,
Tapi tidak pernah terlintas menjadikan aku sebagai suri,
Lupakanlah aku.

Jika ingin bercinta denganku,
Tapi lambat lagi mahu meletakkan aku sebagai tanggungjawabmu,
Lepaskanlah aku.

Biarkan aku bebas,
Menunggu yang setia,
Menunggu yang sudi,
Menunggu yang rela,
Menunggu yang bersedia.

Aku sangat harapkan cinta selepas nikah,
Kerana itu yang lebih indah.


*Menunggu saat aku diterima oleh insan bernama suami :'))