Sunday, December 23, 2012

Beginner :)

Salam :)

speechless !
Okay, nampaknya kena pandai nak menyusun bicara.

Bismillahirrahmannirrahim :)

Masa bulan sepuluh dulu, saya pergi hadiri satu temuduga SPA stand for Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk latihan separa perubatan. Ada dua temuduga yang saya jalani, jururawat dan pembantu perubatan. Saya lebih memilih pembantu perubatan, kerana kerjanya yang lebih dekat dengan doktor. Sebab memang cita cita saya dari kecil nak menjadi seorang doktor yang berjaya. Jadi MA pun dah cukup buat saya.

 Tak lama lepas tue, result SPA pun keluar, minggu saya test 2. YA ALLAH, masa tu sangat perit saya lalui. Saya dah hampir tak ambil test. sebab yakin dengan keputusan saya nak ambil Latihan Pembantu Perubatan. Tapi, saya kuatkan semangat juga untuk ambil test.

 Dan sekrang adalah saat yang paling susah buat saya. Untuk pilih yang paling baik antara yang terbaik. Satu pilihan yang amat sukar. Sebab saya dah pun ambik degree dalam bidang Syariah (Ekonomi dan Perbankan Islam). Tp, terpaksa turun diploma untuk ambil Latihan Pembantu Perubatan. Yup ! memang ramai yang anggap itu satu keje yang gila. Sangat sangat gila. Tapi, pada akhir keputusan saya setelah saya berfikir selama seminggu, saya ambik keputusan untuk tinggalkan IKIP 5, untuk tinggalkan kawan kawan.

 After this, blog ni akan jadi tempat untuk menterjemahkan liku liku yang akan saya lalui dalam mengejar cita cita saya sebagai seorang Doktor Kecil :) In Sha Allah.