Monday, April 21, 2014

Allah menguji kerana sayangkan kita :')



Assalamualaikum w.b.t. Buat readers yang aku kasihi sekalian.
Bersyukur kita atas dua nikmat yang terbesar. Nikmat iman dan nikmat islam. Alhamdulillah.

Demi Allah, aku tidak kuat.
Tapi, kerana Allah, aku kena kuat.

Allahu akbar.

Aku pernah terfikir, bilakah ujian akan berakhir ke atas diri ku.
Rupanya,

Aku tersilap.
Teringat aku petikan dari tulisan tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi; dunia ini memang untuk berlelah... tempat rehat kita adalah di akhirat

Aku tersentap mendengar kata kata ini. Benar.
Aku hanyalah manusia. Aku tidak mungkin lari dari ujian.

Dulu,
Bila aku diuji, aku lemah longlai, aku jatuh.
Kini, aku tahu.
Aku tak boleh begitu lagi.
Aku kena bangun.
Walau sebesar mana ujian itu,
Aku kena bangun.
Aku percaya rahmatNya tetap bersamaku.

Pernah dengar tak satu kata kata ini,

"Dalam keadaan berdosa sekalipun,
Ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan.
Manakala di dalam keadaan taat,
Ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat"

Kata kata ni, banyak bagi aku inspirasi untuk terus kuat.
Memang bukan mudah untuk aku bangun. Demi Allah.

Tapi, Alhamdulillah,
Allah kirimkan orang sekeliling yang banyak membantu aku.
Mummy dan daddy,
Murabbiku,
Sahabat sahabat aku.
Doa semua, buat aku kuat.

Allah, terima kasih ya Allah.
Engkau jadikanlah hambaMu ini seorang hamba yang bersyukur :')
Yang tidak kufur pada setiap nikmat yang Engkau berikan. 
Ameen Ya Allah :')

No comments:

Post a Comment