Showing posts with label umieymynn. Show all posts
Showing posts with label umieymynn. Show all posts

Sunday, May 11, 2014

Rahsia Allah :)

Assalamualaikum buat redears yang saya sayangi sekalian.

Meh, nak cakap pasal jodoh.

"Mungkin yang pergi itu cinta, tapi yang akan datang nanti jodoh.
Mungkin hari ini kita kehilangan orang yang kita sayang,
tapi nanti akan datang seseorang yang menyayangi kita.
Janji Allah pasti :)"

Jangan menghukum dirimu, dengan cinta yang telah pergi.
Tapi, pujuklah hati mu, akan ada pengantinya nanti.

Ya ALLAH,
Aku bersyukur, di atas nikmat yang engkau kurniakan ini.
Di dalam kekecewaan hati, Engkau hadirkan insan yang tak putus putus mengubati.
Indahnya aturanMu, sehingga kini aku masih memuji.

Semoga atas nama cinta yang suci ini,
Ku salurkan dengan cara yang halal.
Biar penghujugnya tak siapa yang tahu.
Asal redha ALLAH terus bersama.  :')

Salam sayang @umieymynn

Sunday, March 2, 2014

Ini Kisah Kita !

Bismlillahirrahmannirrahiim. Assalamualaiku wbt.
Okay, nampaknya dah tiga kali aku guna tajuk ini. Tapi, isinya masih tetap tidak mengena.
Semula, Bismillahh. Moga kali ini ALLAH permudahkan.

Okay, aku cuma nak nyatakan hasratku.
Hasrat aku untuk membuat satu cerpen.
Sebelum ini aku memang ada menulis cerpen.
Tapi aku tidak pasti mana aku simpan.
Jadi, setelah berapa lama aku tinggal dunia penulisanku.
Aku harap kali ini aku mampu utk menulis semula.

Bagi aku,
Menulis itu mampu menggambarkan tentang perasaanku, keinginanku, impianku, cerita masa duluku.
Sungguh, aku bukan seseorang yang mampu menceritakannya melalui mulut semata-mata.

Jadi, aku cuma nak harapkan doa dari kalian,
Moga penulisan aku akan membuahkan hasil.

Aku mulakan langkah ini, dengan 'Bismillahirrahmannirrahiim :')'

#Step By Step #Ikut Jalan Yang ALLAH Tetapkan


Saturday, December 7, 2013

Hospital Temerloh = Hospital Sultan Haji Ahmad Shah

Assalamualaikum readers semua :)
Dengan menyebut nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Okay, setiap kita buat sesuatu tu mesti ada tujuan kan?
So tujuan aku nak mengeblog hari ni adalah nak cerita pengalaman aku pra klinikal kat HOSHAS.
Cerita ni sebenarnya dah basi. Tapi, untuk abadikan kenangan aku ni, so aku nak jugak post kat sini.

Pada 18 hb November 2013,
Bermulanya hari pertama aku berkhidmat di HOSHAS,
Dup dap dup dap,
Ya ALLAH, engkau permudahkanlah perjalanan kerjaya aku di sini.
Semoga di sini membuat aku lebih dewasa, lebih berilmu. Ameen.

Okay, untuk makluman readers yang disayangi,
Aku kat sini cuma dua minggu. Sebab aku baru tahun satu semester dua.
Bagi aku dua minggu tu, sangat sekejap.
Pejam celik pejam celik.
Dah dua minggu.
Tapi, ALLAH S.W.T adalah sebaik-baik perancang.
Sekejap yang aku fikirkan itu, rupanya banyak pengajaran yang mendewasakan aku.

First day, aku memang sangat excited.
Yela, berkhidmat di tempat sendiri.
Aku bersama lima lagi sahabat aku siap melapor diri tepat jam 8.00 pagi.
Kami melapor diri pada AMO U32 di unit kecemasan.
Cik Shidi, ditugaskan untuk menjaga kami di sini.
Memang sepanjang kami di sini dia sangat menjaga kebajikan kami. Sangat baik hati dan prihatin orangnya.

Kun fa yakun. Jika DIA kata jadi, maka jadilah.
Benarlah firmanya di dalam mukjizat agung.
Hari kedua kau melangkah ketempat ini.
Iphone ku diambil.
Aku halalkan, tapi aku mohon yang mengambil itu pulangkan kembali kepadaku :')
Sesungguhnya aku dapatkan itu, dengan hasil titik peluhku.

Tapi,
Aku cuba redhakan,
Mungkin ni kifarah dosa buatku.
Sesungguhnya dosa yang aku lakukan tanpa ku sedari lebih banyak dari amalan pahala ku.

Okay, hari seterusnya berlalu dengan begitu baik.
Seronok berada di sini.
Senior-senior PPW, U29 dan U32 sangat baik. Tak kedekut ilmu.
Sanggup layan kerenah kami yang berbagai ni.

Kenangan yang tak dapat aku lupakan,
Masa aku bertugas di zon kritikal minggu pertama.
YaALLAH, rezeki aku untuk belajar. ALLAH bantu.
Seharian hari tu, ramai sangat orang.
Dan pada hari tu aku dapat belajar dengan cepat protokol di zon kritikal.
Buat ECG, cek DXT, cek suhu, bagi IV DRIP,
Yang best kat zon ni takde staffnurse, cuma AMO dan MO/HO yang bertugas.

Dah dua minggu kat sini,
Memang banyak sangat yang aku belajar.
Dari aku tak tahu apa apa.
Kini aku sudah ada serba sedikit ilmu tentang bidang yang bakal aku tempuhi ni.
Terima kasih yang tak terhingga ingin ku lafazkan pada,
Semua MO dan HO,
Semua AMO U32 terutamanya Encik Shidi, Encik Na dan Encik Wan,
Semua AMO 29,
Semua AMO yang sedang PPW terutamanya KAK SYIKA, KAK IZZATI, ABG MUNIM, ABG BANIN, ABG YUSOF.
Semua STAFF NURSE dan semua JMP terutamanya KAK AZURA.

Terima KASIH banyak SEMUA :))
Tanpa kalian aku mungkin tidak bernilai kerana tiada ilmu.

Dan juga berjuta terima kasih,
Buat rakan seperjuangan aku,
MUNISH, HARITH, MINA, KAK UNA dan KAK DIAN.
Terima kasih sebab sudi ajar saya dan layan kerenah saya.

Sekian, umieymynn :)


p/s : Tak pernah ku di buli seteruk ni , terima kasih untuk kenangan yang mendewasakan ku ini :) cc : airforce

Friday, July 12, 2013

Ukhwah Fillah,


Salam puisi dari saya,

Manusia sering mengira mereka sempurna,
Manusia sering mengira mereka tidak berbuat silap,
Manusia juga mengira mereka adalah lebih baik daripada yang lain.

Mereka terus mencari silap saudara yg lain tanpa memandang kesilapannya,
Mereka terus mencari kekurangan yang lain dan menyalahkannya,
Mereka terus dan terus menyalahkan pihak yang lain.

Mereka sepatutnya sedar,
Mereka sepatutnya tahu,
Ada yang Maha Sempurna.
Allah yang Maha Esa.

Pandanglah diri kita sebelum memandang yang lain,
Perbaikilah diri kita sebelum perbaiki yang lain.
Jangan terlalu mudah menunding jari,
Jangan terlalu mudah menyalahkan.

Aku mencelah bukan kerana aku terbaik,
Tapi, aku sayangkan silaturrahim atas nama Islam :')
Aku sayangkan kalian kerana Allah S.W.T.
Marilah bersama perbaiki diri.
Kearah keredhaanNYA.
Ameen.
                                                                        umieymynn