Tuesday, May 13, 2014

Aku hanya bertepuk sebelah tangan :'(

Ini bukan cerita antara kita.
Tapi, cerita antara kamu.
Aku datang hanya mengemis sedikit kasih sayang.
Tapi, rupanya aku peganggu antara kalian.
Maafkan aku.
Aku baru sedar.

Maafkan aku,
Kerana fikirkan kalian menerima ku.
Tapi ternyata,
Hanya aku yang sering bermain dengan perasaan ini.

Dengan rendah hati,
Aku mengundur diri,
Menginsafi kesilapan diri.
Halalkan semuanya.
Tidak aku ganggu lagi kemesraan kalian.
Bahagia dan ketawa kalian.

Doaku, moga kalian bahagia di kehidupan dunia dan akhirat. :)

Sahabat mu, @umieymynn

Sunday, May 11, 2014

Rahsia Allah :)

Assalamualaikum buat redears yang saya sayangi sekalian.

Meh, nak cakap pasal jodoh.

"Mungkin yang pergi itu cinta, tapi yang akan datang nanti jodoh.
Mungkin hari ini kita kehilangan orang yang kita sayang,
tapi nanti akan datang seseorang yang menyayangi kita.
Janji Allah pasti :)"

Jangan menghukum dirimu, dengan cinta yang telah pergi.
Tapi, pujuklah hati mu, akan ada pengantinya nanti.

Ya ALLAH,
Aku bersyukur, di atas nikmat yang engkau kurniakan ini.
Di dalam kekecewaan hati, Engkau hadirkan insan yang tak putus putus mengubati.
Indahnya aturanMu, sehingga kini aku masih memuji.

Semoga atas nama cinta yang suci ini,
Ku salurkan dengan cara yang halal.
Biar penghujugnya tak siapa yang tahu.
Asal redha ALLAH terus bersama.  :')

Salam sayang @umieymynn

Friday, May 2, 2014

Kau yang selalu ada , Yang selalu rindu terhadap diriku :') *jiwang

Assalamualaikum
Bila mood jiwang aku datang secara tiba-tiba ni tak dapat nak elak jugak.
Cakap pasal lagu, aku suka penyanyi tempatan seperti HAFIZ, SITI NURHALIZA, ZIANA ZAIN, AZLAN THE TYPEWRITER DAN NORANIZA IDRIS.
Nak nak hafiz. Ohh, semua lagu dia aku suka. Suara dia, tip top.

Ku akui :

Katakan padaku kekasih
Kesilapan yang pernah ku lakukan dulu
Ternyata aku yang harus di persalahkan
Ku akui

Aku leka dengan kerjayaku
Mengejar kekayaan di dunia ini
Betapa hancurnya hatimu laluinya
Ku akui

Jika dapatku mengulangi
Perjalanan cintaku bersamamu lagi
Akan ku jaga
Sebaik-baik cinta ini

Kini ku rasa kehilangan
Ku sedar betapa pentingnya kau di sisi
Yang selalu ada
Yang selalu rindu
Terhadap diriku

Jangan jangan
Jangan ku ulangi lagi

Jika dapatku mengulangi
Perjalanan cintaku bersamamu lagi
Akan ku jaga
Sebaik-baik cinta ini

Kini ku rasa kehilangan
Ku sedar betapa pentingnya kau disisi
Yang selalu ada
Yang selalu rindu
Terhadap diriku

P/S : Banyak kenangan aku tentang lagu ini. Ada bahagia ada deritanya. Semuanya sudah menjadi kenangan untuk aku. Dia yang dulu selalu ada susah senang aku, kini pergi tanpa langsung mempedulikan ku. Aku berhentikan kisah kita di sini. Semoga ALLAH kuatkan aku atas perpisahan ini. Kalau boleh saya xmahu ingat awak langsung yang pernah hadir dalam hidup saya. Seksa sangat saya rasa awak. mengenangkan sikap awak yang  langsung tak menghargai saya. Sedikit pun. :")