Monday, August 26, 2013

Rahsia biarlah kekal rahsia :)

Assalamualaikum sahabat ku cintai.
Semoga kau sentiasa berada di dalam rahmat yang Maha Esa.
Maafkan aku, andai coretan ini menganggu ketenteramamu.

Di sini, aku ingin engkau mengetahui,
Bahawasanya walau apa pun yang terjadi antara kita,
Sesungguhnya aku amat menyayangimu kerana Nya.
Aku amat menyayangi mu sahabat.

Aku akui,
Aku bukannya bijak berkata-kata untuk sentiasa menghiburkanmu.
Aku juga tidak pandai melebihkanmu dari yang lain.
Aku tidak pandai bersahabat.
Ku ingin menyusun kesepuluh jari ku,
Kerana aku benar benar tidak seperti yang kau harap.

Dalam persahabatan
Ku akui engkau lebih banyak makan lebih dari ku.
Ku akui engkau lebih bijak mengambil hati lebih dariku
Ku akui engkau lebih pandai melebihkan sahabat istimewa lebih dr sesiapa pun.
Oleh itu, ajari aku.
Kerana hanya dengan itu aku banyak belajar.
Belajar menjadi insan seperti mu.

Aku lemah di dalam di arena ni,
Kerana, aku bukan dilahirkan dari suasana bersahabat
Aku hanya kenal keluargaku.
Dan saudara terdekat ku.
Mungkin kau lebih mengenali seorang kawan daripada seorang sahabat.

Aku juga sudah terbiasa melakukan semuanya sendirian,
Ku cuba seboleh mungkin tanpa meminta bantuan daripada yang lain.

Wahai sahabat ku,
Jagalah dirimu,
Engkau sentiasa berada di dalam setiap hembusan doaku, Insha ALLAH.

Alangkah indah kiranya diri mu sanggup menyambut sayangku yang tidak kesampaian.
Semoga aku bisa jadi sahabat yang mampu membantumu dari jauh.
Hanya itu harapanku sahabat :)
Assalamualaikum :)



@umieymynn :)

Friday, August 16, 2013

Manusia serba kekurangan

Assalamualaikum.

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T.
Manusia diciptakan dengan seribu kekurangan.
Tapi, makhluk Allah S.W.T yang bergelar manusia ini sentiasa inginkan kesempurnaan.
Mereka tidak sedar bahawa yang Maha Sempurna itu adalah Allah S.W.T.
Kita sebagai hambanya ini, takkan pernah mencapai tahap kesempurnaan.

Sebab itulah kita memerlukan manusia yang lain,
Kita saling memerlukan antara satu sama lain.
Supaya setiap kelemahan itu dapat ditutup dengan kelebihan dari orang lain.
Di ibaratkan seorang ketua takkan mampu melakukan tugas yang baik tanpa pembantunya.
Janganlah hanya tahu mencaci kelemahan seseorang
Cuba tutupi kelemahan itu dengan kelebihan kita
Tidak guna menghukum seseorang
Tanpa kita cuba untuk menolongnya terlebih dahulu.


Uhibbukum fillah abadan abada @umieymynn :)

Thursday, August 15, 2013

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

Assalamualaikum, semoga semuanya berada dalam keadaan sihat di bawah naungan yang Maha Esa. Aku tiba tiba rasa bosan duduk dalam bas, alang alang menaiplah sekejap.

Okay,idea tiba tiba  mencurah.
Percaya atau tidak, sebenarnya didikan dari awal itu sangat penting.
Penting yang macam mana tue?
Okay, anologinya,
Dalam sebuah keluarga,
Kebiasaanya anak anak akan mengikut tingkah laku orang tuanya,
Bak kata pepatah, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Begitulah hendaknya,
Perangai anak anak saling tak tumpah dengan ibu bapanya.
Kerana mereka diajar dengan sikap ibu bapa mereka sejak kecil.

Jadi oleh itu,
Ibu bapa mestilah menunjukkan contoh yang baik.
Biar anak anak yang dilahirkan nanti,
Anak anak yang mampu menggegar dunia.

Didikan ini, bukan hanya sekadar di dalam konteks sesebuah keluarga sahaja,
Tapi sebenanya ia mempunyai konteks yang besar.
Di sekolah contohnya,
Pelajar lebih terdidik dengan peraturan yang telah ditentukan pihak sekolah.

Begitu juga, di kolej, di tempat kerja dan dalam apa apa organisasi sekalipun.
Didikan amat penting.

Terutamanya didikan awal.



                                                                            @umieymynn :)