Friday, February 28, 2014

Cinta itu sangat unik :)

Sejauh mana kita cintakan seseorang tidak boleh menjamin kita akan bersama dengan orang itu sehingga ke akhir nyawa kita. Kerana cinta itu tidak mengenal siapa. Tapi, jodoh itu telah ditentukan olehNya. Jadi, jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan dalam sesuatu perhubungan. Kerana terlalu mengharapkan sesuatu boleh menyebabkan kita terlalu merana.



                                                                                                 @umieymynn :)

Sunday, February 23, 2014

Rindu ini membakarku

Bismillah. Assalamualaikum w.b.t.
Buat readers yang saya sayangi.

Rindu ini benar benar membakarku,
Tidak dapat ku tahan lagi kehangatannya.
Sungguh,
Tidak tertanggung oleh ku.

Aku di sini, jauh dari mu.
Aku di sini, keseorangan tanpa kasih mu.
Aku di sini, kegersangan tanpa belaianmu.
Izinkan aku mengubat rindu ini.
Izinkan aku melihat wajahmu.

Tika tiba satu saat,
Kau berada di mataku.
Akan ku dakap kau seeratnya.
Akan ku sayang kau semahunya.
Membuktikan bahawa aku benar benar merinduimu.

Berikan aku kesempatan untuk kali ini, 
Untuk mengubat rindu yang semakin membakar.

Salam rindu , dari jiwa yang dalam.

@umieymynn :)



Aku Sayangkan Kamu :')

Assalamualaikum readers ku yang disayangi :) uhibbukum fillah .

Malam ini aku sendirian,
Bertemankan memori suka dan duka bersamamu.
Begitu indah persahabatan yang kita jalinkan,
Tidak pernah luntur keakrabannya,
Walaupun kau dan aku tahu,
Bahawa persahabatan ini baru sahaja terbina.

Terasa bahagia diriku,
Bila ada yang mengingati,
Bila ada yang menegur,
Bila ada yang memujuk,
Bila ada yang memahami,
Bila ada yang sanggup berkorban.

Namun,
Itu semua hanya sementara teman,
Ternyata aku tidak mampu bertahan dalam persahabatan ini.
Ternyata kecemburuan hatiku membuatkan hatiku berkata "benci".

Oh teman,
Maafkan aku di atas ketidakwarasan akalku,
Membuat satu keputusan yang aku sendiri tidak yakin.
Hanya kepada yang Maha Esa aku bermohon,
Agar aku diberikan satu petunjuk dalam dugaan ini.

#PujuklahHatikuTeman