Sunday, December 23, 2012

Beginner :)

Salam :)

speechless !
Okay, nampaknya kena pandai nak menyusun bicara.

Bismillahirrahmannirrahim :)

Masa bulan sepuluh dulu, saya pergi hadiri satu temuduga SPA stand for Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk latihan separa perubatan. Ada dua temuduga yang saya jalani, jururawat dan pembantu perubatan. Saya lebih memilih pembantu perubatan, kerana kerjanya yang lebih dekat dengan doktor. Sebab memang cita cita saya dari kecil nak menjadi seorang doktor yang berjaya. Jadi MA pun dah cukup buat saya.

 Tak lama lepas tue, result SPA pun keluar, minggu saya test 2. YA ALLAH, masa tu sangat perit saya lalui. Saya dah hampir tak ambil test. sebab yakin dengan keputusan saya nak ambil Latihan Pembantu Perubatan. Tapi, saya kuatkan semangat juga untuk ambil test.

 Dan sekrang adalah saat yang paling susah buat saya. Untuk pilih yang paling baik antara yang terbaik. Satu pilihan yang amat sukar. Sebab saya dah pun ambik degree dalam bidang Syariah (Ekonomi dan Perbankan Islam). Tp, terpaksa turun diploma untuk ambil Latihan Pembantu Perubatan. Yup ! memang ramai yang anggap itu satu keje yang gila. Sangat sangat gila. Tapi, pada akhir keputusan saya setelah saya berfikir selama seminggu, saya ambik keputusan untuk tinggalkan IKIP 5, untuk tinggalkan kawan kawan.

 After this, blog ni akan jadi tempat untuk menterjemahkan liku liku yang akan saya lalui dalam mengejar cita cita saya sebagai seorang Doktor Kecil :) In Sha Allah.

Sunday, March 11, 2012

Angry Birds on Facebook


Hari ni tiba-tiba rajin nak mengupload tentang facebook pulak. Yela, tiba-tiba je kebosanan melanda dalam diri. Aku ni, memang tak reti nak main Angry Birds ni, lagipun main permainan ni kena ada skill kan? Aku ni manalah pandai sangat bab skill-skill ni. Apa-apapun, aku try jelah nak updated tentang ni. Sebab makin hari aku tengok makin ramai yang main game ni..



Macam inilah permulaannya, kena tunggu dulu sampai dia loading habis, baru boleh main. Kadang-kadang tu, lambat juga dia loading, mungkin permainan ni berat atau internet aku yang berat, haha.



Tengok tu, best kan? kita boleh tengok ranking antara kawan-kawan. Buat masa ni, ranking aku yang first, kawan aku pun tak berapa ramai lagi main game ni. Masa mula-mula aku main, tiga orang je yang main game angry birds ni.




Kelebihan main angry birds dalam Facebook berbanding bermain dalam iphone ataupun ipad kita boleh tengok ranking permainan setiap stage. Kalau yang warna emas tu, confirm lah no satu. No dua yang warna silver, dan warna yang macam gangsa tue, yang ketiga. Best kan? kita boleh buat percaturan pulak dengan kawan kita.



Tengok, bila kalah je terus kena brag. Apa yang penting kena lawan baliklah, aku memang tak boleh kalau ada orang saingi aku, aku try juga yang terbaik.



Bagi aku, ni stage yang susah nak kumpul mata, yela aku ni bukannya terrer sangat main benda 'kejam' macam ni. Kalau tak dapat nak potong tue, memang tensionlah. Apapun, ini hanya sekadar permainan, sekadar hiburan.



Yeahhhh! Tengok, aku dah cakap aku akan lawan balik. HAHA. Nah, ambil kau Zhou Mi aku lawan balik. Kali ni kau pulak kena Brag! dengan aku, hehe. Sambil ketawa jahat tu.:).


Aku nak bagitau korang permainan ni memang bestlah. Yela, kita tak perlu nak main setiap masa macam farmville, cityville, petville atau yang seangkatan dengannya. Kalau ada ruang masa, atau tengah-tengah bosan aku layanlah juga game ni. best tau :). Trylah :)

Sumber: AngryBirds on Facebook

Wednesday, February 15, 2012

Ustaz Azhar Idrus (UAI) Mai Temerloh


Dah lama umiey tak update blog, hari ni rasa sangat nak update.
Ni semua cerita GEMPAK punya pasal.
Tengok, dah terang lagi jelas dah lama umiey nantikan akhirnya Ustaz Azhar Idrus datang juga Temerloh.

Tapi yang sedihnya, umiey tak ada kat Temerloh seperti tarikh yang ditetapkan.
Sedihnya.. Mesti ramai yang datang nantikan.
BAGUS la :)

Info diperolehi dari : Facebook Hj Fairuz Nordin


#1 Wordless Wednesday


Apa itu WORDLESS WEDNESDAY? klik sini

Jom join :