Sunday, May 19, 2013

Praktikal di Hospital Kangar :)

Assalamualaikumm :)

Minggu lepas, saya baru je habis pekse. Lepas ni kami sem satu kumpulan 31 dari Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar, akan menyerang hospital hospital seluruh utara untuk membuat praktikal.
Tak sabar rasanya nak praktikal nanti, cam ne lah pengalamannya. Senior cakap, banyak pengalaman yang kita dapat. Tapi, apa yang sedihnya apa yang kami belajar takde kaitan dengan masa kami praktikal nanti. Takpe, inilah satu usaha usaha untuk dapat pengalaman yang baru :)

Esok tepat kul 2.00 petang saya akan bertugas di wad A (pembedahan) Hospital Tuanku Fauziah Kangar. Sejujurnya, saya mengaku di sini saya tak pernah menjejakkan kaki ke sana. Esok kami akan bertolak dari asrama Kolej Kejururawatan Alor Setar pukul satu setengah. Tak sabar rasanya :')
Minggu pertama saya akan bertugas dari hari Isnin sampai hari sabtu. Tapi, minggu depan tu, saya hanya bertugas tiga hari. Iaitu, Isnin sampai Rabu.

Nantikan pengalaman seterusnya bila saya sudah berada di Kangar.
Insha ALLAH, di sana nanti saya akan dapat lebih masa untuk menaip.
Yela, kerja mengikut shif je. hehe.

#kepada keluarga ku di Temerloh, bandar ikan patin. Nantikan kepulangan ku bulan enam nanti :') Rindunya.

Thursday, May 2, 2013

Kenapa kita rasa tak bermakna ?

Assalamualaikum,
Semoga sihat semua.

Kenapa kita selalu rasa kita ni tak bermakna? Bila kita berseorangan je. Kita mula rasa kita berteman, kita cemburu tengok orang lain bersama sahabatnya.
Betulkah, kita bersendirian tanpa teman?
Kadang-kadang, bila mempunyai masalah dengan sahabat.
Kita mula rasa tidak dihargai.
Mula rasa dipinggirkan.

Wahai sahabatku dijalan Allah.
Lihatlah dirimu.
Sebenarnya anda tidak bersendirian.
Sebenarnya anda bukan keseorangan.
Sesungguhnya Allah itu sentiasa ada dengan hambanya.
Tapi, hanya kita tidak menyedari.

Ya sahabatku, 24/7 Allah memerhatikan kita.
Tapi apakah kita ingat kepadaNya?
Ya sahabatku, kita lebih bersedih jika makan dan berjalan berseorangan tanpa teman,
daripada Allah murka kepada kita.

Kenapa sahabat? kenapa kita begini?
Kenapa kita sering lupa dengan nikmat kurnia ALLAH kepada kita?
Kenapa kita lupa bertapa Maha Mengasihaninya Allah kepada kita?
Kenapa?

Ya sahabatku, mungkin kita tidak merasai depan mata.
Seperti jika ada sahabat yang memahami,
yang setia bersama kita dikala susah, dikala senang.

Tapi,
akan lebih bermakna jika merasai diri bertuhan di hati,
kerana akan membuatkan hati kita lebih tenang.
Tidak gelisah jika tiada teman disisi.
kerana, kita yakin,
Allah sentiasa ada bersama kita :')
Subhanallah :))