Monday, March 31, 2014

Keep Calm And Love Group 31

Assalamualaikum :)
Alhamdulillah, kita masih dikurniakan dua nikmat terbesar, iaitu nikmat islam dan iman.
Semoga kita semua kekal bersama agamaNya.

"Ya muqollib quluub, thabbit qolbi 'ala diiniik"

Perpisahan.

Secara jujurnya saya tidak sukakan sebarang pertemuan,
Kerana saya percaya, sudah menjadi sunnah alam,
Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan :')

Tapi,
Itulah yang perlu kita lalui.

Saya kini berada di tahun kedua,
Dip Penolong Pegawai Perubatan.
Di separuh terakhir kedua, saya tidak akan belajar teori,
Saya dan sahabat sahabat saya yang lain,
Akan pergi menimba ilmu kami di tempat tempat klinikal,
Seperti di hospital, klinik kesihatan dan klinik desa.

Tinggal beberapa bulan lagi untuk kami bersama,
Untuk kami menetap di dalam satu bumbung,
Di dalam satu kelas.
Tinggal sedikit masa lagi,
Semua ini akan berakhir.

Sekarang,
Saya menjadi seorang yang menghargai setiap detik yang berlalu,
Saya tak mahu nanti saya menjadi orang menyesal kerana tidak menghargai pertemuan ini. :')

#KeepCalmAndLoveG31

Jika diberi pilihan, aku mahu perpisahan yang datang tidak terjadi,
Tapi, aku bukan sesiapa untuk melawan takdir.
Semoga pertemuan ini, ukhwah ini, kasih sayang ini,
Tidak berakhir di sini.

Aku Sayangkan Group Ini, lillahi ta'ala :")

No comments:

Post a Comment