Sunday, March 2, 2014

Belajar Sesuatu Yang Baru :)

Bismillah, Assalamualaikum readers yang aku sayangi kerana Allah.
Sungguh, aku mencari idea untuk aku mengeblog pada hari ini.
Bukan sesuatu yang mudah untuk aku mengeblog tanpa idea di fikiran.

Aku just nak share sikit malam ni,
Apa yang aku belajar dari murabbi aku.
Actually, sekarang ni aku tengah cuti.
Menghabiskan masa bersama keluarga tercinta.
Tapi, before aku balik ke kampung.
Aku ada minta nasihat dan peringatan dari murabbi aku yang amat aku sanjungi.
Dia berpesan sesuatu yang berharga buat diriku.

"Srikandi Islam .. :)
Guna kesempatan cuti sebaik mungkin ye !
Jgn lupa solat sunat sebelum musafir @ berdoa dan berdialog dengan Allah tentang matlamat masa cuti.
Tetapkan matlamat saat kamu musafir ni, pasang niat masa cuti  nak buat apa, in shaa ALLAH cuti nanti akan terisi dengan baik,
Ada pertolongan dari ALLAH utk manfaatkan cuti.
Doa saat musafir mustajab.
Hiburkan ibu dan ayah, in shaa ALLAH redha ALLAH akan menemanimu.
Buktikan bahawa kamu 'Qurrata a3yun' buat mereka.
Wassalam :*"

Allah, pesanan ini benar benar terkesan buat diriku.
Semoga pesanan ini sedikit sebanyak memberi kesan yang baik buat diriku.
Indahnya, bila ALLAH hadirkan orang yang baik-baik disekeliling kita.
Bagaimana jika ALLAH menarik mereka dariku.
ALLAH, sungguh aku benar - benar tak sanggup lagi.
Sementara ada , aku hargai mereka.
Akan aku kutip mutiara mutiara dari mereka,
Untuk jadi bekal untukku :')

Terima Kasih Ummi Sayang :*

P/S : Yang penting jangan lupa baca doa before musafir , mohon dari ALLAH. Hanya dia selayaknya tempat kita bergantung :)

No comments:

Post a Comment