Sunday, March 2, 2014

Repost : Setakkan dari jauh :')

Salam dari perantauan, tapi takdelah jauh sangat merantau. Cuma ke utara Semenanjung Malaysia.
Di kesempatan yang ada ni, saya nak ucapkan Eid Mubarak :) Minta maaf andai ada tersalah kata, tersilap bicara. Halalkan makan minum.

Apabila kesilapan telah dibuat.
Masa sudah tidak dapat diundur.
Hanya menyesali perbuatan itu, dan berharap agar ianya tidak berulang kembali.
Ana bukan manusia yang kompleks.
Tahu itu ini, bijak dalam tindakan.
Kadang kala, ana tersangkut,
Kadang-kala ana terpesong,
Jangan terus menghukum ana di atas kesilapan yang telah ana lakukan,
Jangan terus meninggalkan ana di atas kesalahan ana,
Jangan terus membenci ana di atas keterlanjuran ana,

Tapi,
Tegurlah ana,
Bimbinglah ana,
Langkahlah bersama ana.
Kerana ana perlukan semua itu.
Itu yang ana harapkan dari kalian.
Sahabat ana yang membawa ke syurga.

Ana teringat kata-kata seorang murabbi ana,
"Kawan yang berbaik-baik di dunia, akan mengheret kawannya ke neraka di Akhirat nanti"
Na'uzubillah.
Ana akui, ana bukan sahabat yang baik,
Bukan yang terbaik,
Tapi, bantulah ana untuk cuba jadi baik.
Itu yang ana harapkan dari kalian, :)
Ukhwah filllah abadan abada !


Allahu Akbar !


                                                 umieymynn :)

No comments:

Post a Comment