Monday, December 2, 2013

Saya Mahu Jadi Televisyen



Assalamualaikum readers :)
Nampaknya dah lama sangat aku tak menaip. Bukan kerana malas. Tapi banyak perkara yang menghalang aku dari menaip.
Hari ni, aku nak share satu cerita.
Serius, menitis air mata aku waktu aku aku baca kisah ini.
Betapa kita sebagai manusia , seringkala alpa dan leka.
Na'uzubillah.
Berhenti dari menunding jari menyalahkan orang lain.



    Kisahnya bermula, seorang guru sekolah meminta para pelajarnya untuk menulis satu esei berkenaan perkara yang mereka mahu Tuhan lakukan untuk mereka.
    Setelah beberapa ketika, guru tersebut menyemak esei-esei tersebut. Sewaktu melihat satu esei yang ditulis oleh salah seorang pelajarnya itu, dia menjadi sangat emosi dan mula menangis teresak-esak.
   Kebetulan ketika itu, suaminya melangkah masuk. Terkejut si isteri yang mengalirkan air mata.
   "Apa yang sedang berlaku?"
   "Lihat esei pelajar saya ni"
   Dalam sedu hiba yang masih bersisa, si isteri menghulurkan esei yang menjadikan wajahnya basah dengan air mata.

******

Jadikan Saya Sebuah Televisyen

   Oh Allah, malam ini saya ingin mengajukan kepadaMu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah televisyen.
  Saya ingin mengambil kedudukan televisyen. Menikmati kehidupan sepertimana televisyen di rumah saya. Saya akan memiliki "tempata" tersendiri dalam hati keluarga saya hingga mampu menjadikan keluarga saya sentiasa berada di sekeliling saya.
   Saya akan diberi perhatian serius ketika bercakap. Saya ingin menjadi pusat perhatian  dan didengar tanpa sebarang gangguan atau soalan. Saya mahu menerima penjagaan yang sama seperti televisyen.
  Ayah akan menemui saya setiap kali beliau pulang dari tempat kerja, walaupun keletihan. Ibu pula akan bersama-sama saya saat sedih mahupun kecewa, bukan mengabaikan seperti sekarang. Seterusnya, saya mahu abang dan kakak saya berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama saya.
  Akhirnya, jadikan saya mampu membuat semua individu yang saya sayangi itu, merasa gembira dan saya menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak meminta lebih dari itu. Saya hanya mahu hidup seperti televisyen setiap masa.

*******

   Suaminya memberi komentar sebaik membaca esei berkenaan. "Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk barangkali."
   Mendengar itu, tangisan si ibu semakin kuat.
   "Abang, itu esei anak kita!"

Cerita ini aku petik dari majalah Solusi isu 58.

Salam kasih sayang :)

No comments:

Post a Comment