Saturday, December 7, 2013

Hospital Temerloh = Hospital Sultan Haji Ahmad Shah

Assalamualaikum readers semua :)
Dengan menyebut nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Okay, setiap kita buat sesuatu tu mesti ada tujuan kan?
So tujuan aku nak mengeblog hari ni adalah nak cerita pengalaman aku pra klinikal kat HOSHAS.
Cerita ni sebenarnya dah basi. Tapi, untuk abadikan kenangan aku ni, so aku nak jugak post kat sini.

Pada 18 hb November 2013,
Bermulanya hari pertama aku berkhidmat di HOSHAS,
Dup dap dup dap,
Ya ALLAH, engkau permudahkanlah perjalanan kerjaya aku di sini.
Semoga di sini membuat aku lebih dewasa, lebih berilmu. Ameen.

Okay, untuk makluman readers yang disayangi,
Aku kat sini cuma dua minggu. Sebab aku baru tahun satu semester dua.
Bagi aku dua minggu tu, sangat sekejap.
Pejam celik pejam celik.
Dah dua minggu.
Tapi, ALLAH S.W.T adalah sebaik-baik perancang.
Sekejap yang aku fikirkan itu, rupanya banyak pengajaran yang mendewasakan aku.

First day, aku memang sangat excited.
Yela, berkhidmat di tempat sendiri.
Aku bersama lima lagi sahabat aku siap melapor diri tepat jam 8.00 pagi.
Kami melapor diri pada AMO U32 di unit kecemasan.
Cik Shidi, ditugaskan untuk menjaga kami di sini.
Memang sepanjang kami di sini dia sangat menjaga kebajikan kami. Sangat baik hati dan prihatin orangnya.

Kun fa yakun. Jika DIA kata jadi, maka jadilah.
Benarlah firmanya di dalam mukjizat agung.
Hari kedua kau melangkah ketempat ini.
Iphone ku diambil.
Aku halalkan, tapi aku mohon yang mengambil itu pulangkan kembali kepadaku :')
Sesungguhnya aku dapatkan itu, dengan hasil titik peluhku.

Tapi,
Aku cuba redhakan,
Mungkin ni kifarah dosa buatku.
Sesungguhnya dosa yang aku lakukan tanpa ku sedari lebih banyak dari amalan pahala ku.

Okay, hari seterusnya berlalu dengan begitu baik.
Seronok berada di sini.
Senior-senior PPW, U29 dan U32 sangat baik. Tak kedekut ilmu.
Sanggup layan kerenah kami yang berbagai ni.

Kenangan yang tak dapat aku lupakan,
Masa aku bertugas di zon kritikal minggu pertama.
YaALLAH, rezeki aku untuk belajar. ALLAH bantu.
Seharian hari tu, ramai sangat orang.
Dan pada hari tu aku dapat belajar dengan cepat protokol di zon kritikal.
Buat ECG, cek DXT, cek suhu, bagi IV DRIP,
Yang best kat zon ni takde staffnurse, cuma AMO dan MO/HO yang bertugas.

Dah dua minggu kat sini,
Memang banyak sangat yang aku belajar.
Dari aku tak tahu apa apa.
Kini aku sudah ada serba sedikit ilmu tentang bidang yang bakal aku tempuhi ni.
Terima kasih yang tak terhingga ingin ku lafazkan pada,
Semua MO dan HO,
Semua AMO U32 terutamanya Encik Shidi, Encik Na dan Encik Wan,
Semua AMO 29,
Semua AMO yang sedang PPW terutamanya KAK SYIKA, KAK IZZATI, ABG MUNIM, ABG BANIN, ABG YUSOF.
Semua STAFF NURSE dan semua JMP terutamanya KAK AZURA.

Terima KASIH banyak SEMUA :))
Tanpa kalian aku mungkin tidak bernilai kerana tiada ilmu.

Dan juga berjuta terima kasih,
Buat rakan seperjuangan aku,
MUNISH, HARITH, MINA, KAK UNA dan KAK DIAN.
Terima kasih sebab sudi ajar saya dan layan kerenah saya.

Sekian, umieymynn :)


p/s : Tak pernah ku di buli seteruk ni , terima kasih untuk kenangan yang mendewasakan ku ini :) cc : airforce

2 comments:

  1. sangat terharu bila tau kisah hndphone kmu hlg tuu..saya amat m'muji tndkan kmu y mnrima dgn redho msalah trsbt n anggap sbg kifarah dosa2 lampau.....
    ssgguh nyerrr aku teringin tuk jd spt kmu,,, sesowg y lemah-lembut ku kira. harap dpt bknalan lebeyy rapat dgn mu :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. sahabat :) Salam Kemaafan buat dirimu kerana terlalu lewat utk membalas komen ini.
      Minta maaf, tidak mampu menjadi sahabat yang terbaik, yang ada dikala kau susah dan senang :) Aku berharap aku mampu menjadi semua itu, tapi ternyata aku tidak mampu. Sambutlah Salam Ukhwah, moga ia kekal ke Syurga :')

      Delete