Thursday, December 5, 2013

Benarkah pilihanku ini?


Salam Puisi dari umieymynn :)

Hidup..
Setiap langkah yang ku gerakkan
Bukan sesuatu yang mudah
pilihan menungguku dihadapan.

Bukan kuat ingin ku pertaruhkan di sini.
Bukan juga keberanian ingin ku war-warkan.
Tapi, 
Setepat mana pilihan yang telah kita pilih?
Mungkinkah itu yang terbaik untuk kita?
Mungkinkah
itu akan membuatkan kita menjadi lebih baik?
Ataukah,
Hanya membawa kepada keburukkan pada kita?
Hanya membuat kita rasa menyesal tak sudah?

Ingatlah teman dan sahabat,
Hidup ini suatu pilihan,
Pilihan untuk menjadi lebih baik atau lebih buruk.
Jadi, 
Pilihlah yang terbaik untuk hidup.
Berserahlah padaNya pada setiap pilihan yang telah engkau pilih.
Kerana dia MAHA MENGETAHUI.
Semoga pilihan hari ini, membuat kau menjadi lebih baik pada hari esok :)




No comments:

Post a Comment