Monday, August 26, 2013

Rahsia biarlah kekal rahsia :)

Assalamualaikum sahabat ku cintai.
Semoga kau sentiasa berada di dalam rahmat yang Maha Esa.
Maafkan aku, andai coretan ini menganggu ketenteramamu.

Di sini, aku ingin engkau mengetahui,
Bahawasanya walau apa pun yang terjadi antara kita,
Sesungguhnya aku amat menyayangimu kerana Nya.
Aku amat menyayangi mu sahabat.

Aku akui,
Aku bukannya bijak berkata-kata untuk sentiasa menghiburkanmu.
Aku juga tidak pandai melebihkanmu dari yang lain.
Aku tidak pandai bersahabat.
Ku ingin menyusun kesepuluh jari ku,
Kerana aku benar benar tidak seperti yang kau harap.

Dalam persahabatan
Ku akui engkau lebih banyak makan lebih dari ku.
Ku akui engkau lebih bijak mengambil hati lebih dariku
Ku akui engkau lebih pandai melebihkan sahabat istimewa lebih dr sesiapa pun.
Oleh itu, ajari aku.
Kerana hanya dengan itu aku banyak belajar.
Belajar menjadi insan seperti mu.

Aku lemah di dalam di arena ni,
Kerana, aku bukan dilahirkan dari suasana bersahabat
Aku hanya kenal keluargaku.
Dan saudara terdekat ku.
Mungkin kau lebih mengenali seorang kawan daripada seorang sahabat.

Aku juga sudah terbiasa melakukan semuanya sendirian,
Ku cuba seboleh mungkin tanpa meminta bantuan daripada yang lain.

Wahai sahabat ku,
Jagalah dirimu,
Engkau sentiasa berada di dalam setiap hembusan doaku, Insha ALLAH.

Alangkah indah kiranya diri mu sanggup menyambut sayangku yang tidak kesampaian.
Semoga aku bisa jadi sahabat yang mampu membantumu dari jauh.
Hanya itu harapanku sahabat :)
Assalamualaikum :)



@umieymynn :)

No comments:

Post a Comment