Friday, August 16, 2013

Manusia serba kekurangan

Assalamualaikum.

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T.
Manusia diciptakan dengan seribu kekurangan.
Tapi, makhluk Allah S.W.T yang bergelar manusia ini sentiasa inginkan kesempurnaan.
Mereka tidak sedar bahawa yang Maha Sempurna itu adalah Allah S.W.T.
Kita sebagai hambanya ini, takkan pernah mencapai tahap kesempurnaan.

Sebab itulah kita memerlukan manusia yang lain,
Kita saling memerlukan antara satu sama lain.
Supaya setiap kelemahan itu dapat ditutup dengan kelebihan dari orang lain.
Di ibaratkan seorang ketua takkan mampu melakukan tugas yang baik tanpa pembantunya.
Janganlah hanya tahu mencaci kelemahan seseorang
Cuba tutupi kelemahan itu dengan kelebihan kita
Tidak guna menghukum seseorang
Tanpa kita cuba untuk menolongnya terlebih dahulu.


Uhibbukum fillah abadan abada @umieymynn :)

No comments:

Post a Comment