Sunday, February 23, 2014

Rindu ini membakarku

Bismillah. Assalamualaikum w.b.t.
Buat readers yang saya sayangi.

Rindu ini benar benar membakarku,
Tidak dapat ku tahan lagi kehangatannya.
Sungguh,
Tidak tertanggung oleh ku.

Aku di sini, jauh dari mu.
Aku di sini, keseorangan tanpa kasih mu.
Aku di sini, kegersangan tanpa belaianmu.
Izinkan aku mengubat rindu ini.
Izinkan aku melihat wajahmu.

Tika tiba satu saat,
Kau berada di mataku.
Akan ku dakap kau seeratnya.
Akan ku sayang kau semahunya.
Membuktikan bahawa aku benar benar merinduimu.

Berikan aku kesempatan untuk kali ini, 
Untuk mengubat rindu yang semakin membakar.

Salam rindu , dari jiwa yang dalam.

@umieymynn :)



No comments:

Post a Comment