Thursday, May 2, 2013

Kenapa kita rasa tak bermakna ?

Assalamualaikum,
Semoga sihat semua.

Kenapa kita selalu rasa kita ni tak bermakna? Bila kita berseorangan je. Kita mula rasa kita berteman, kita cemburu tengok orang lain bersama sahabatnya.
Betulkah, kita bersendirian tanpa teman?
Kadang-kadang, bila mempunyai masalah dengan sahabat.
Kita mula rasa tidak dihargai.
Mula rasa dipinggirkan.

Wahai sahabatku dijalan Allah.
Lihatlah dirimu.
Sebenarnya anda tidak bersendirian.
Sebenarnya anda bukan keseorangan.
Sesungguhnya Allah itu sentiasa ada dengan hambanya.
Tapi, hanya kita tidak menyedari.

Ya sahabatku, 24/7 Allah memerhatikan kita.
Tapi apakah kita ingat kepadaNya?
Ya sahabatku, kita lebih bersedih jika makan dan berjalan berseorangan tanpa teman,
daripada Allah murka kepada kita.

Kenapa sahabat? kenapa kita begini?
Kenapa kita sering lupa dengan nikmat kurnia ALLAH kepada kita?
Kenapa kita lupa bertapa Maha Mengasihaninya Allah kepada kita?
Kenapa?

Ya sahabatku, mungkin kita tidak merasai depan mata.
Seperti jika ada sahabat yang memahami,
yang setia bersama kita dikala susah, dikala senang.

Tapi,
akan lebih bermakna jika merasai diri bertuhan di hati,
kerana akan membuatkan hati kita lebih tenang.
Tidak gelisah jika tiada teman disisi.
kerana, kita yakin,
Allah sentiasa ada bersama kita :')
Subhanallah :))

No comments:

Post a Comment