Saturday, July 6, 2019

Assalamualaikum.

Sudah bertahun aku tidak menulis.
Kekok rasanya mahu menyusun kata kata.
Tidak seperti dulu lagi.
Sudah benar benar tepu otakku.

Setiap hari aku sentiasa berdoa, semoga hari ini lebih baik dari semalam, semoga hari hari seterusnya lebih sempurna buat ku.
Semakin hari juga, aku rasa semua sudah cukup melengkapi,
Suami,
Anak-anak,
Pekerjaan,
Rumah.

Alhamdulillah ya Allah atas segala nikmat yang telah berikan.
Sungguh Maha Pemurah dan Penyayang Engkau terhadap kami ini hambaMu.

Buat suami yang amat aku sayangi dan cintai,
Terima kasih atas segala pengorbanan yang tak pernah kau ungkitkan.
Terima kasih kerana sudi menerima kekuranganku.
Terima kasih kerana sudi bersabar dengan setiap kerenahku.
Terima kasih kerana memberiku rasa selamat disamping mu.
Terima kasih kerana selalu mengenyangkan perutku dengan pelbagai jenis makanan.
Terima kasih kerana memenuhi ruang kekosongan di hatiku.
Ku berdoa agar kasih sayang kita ini kekal selamanya hingga ke syurga :)